Tipu Kewangan | Langkah keselamatan ketat perlu, jamin keselamatan pengguna

2022-09-26 0

Modus operandi dan kaedah penipuan penjenayah kewangan yang sentiasa berubah memerlukan institusi kewangan melaksanakan kawalan keselamatan yang lebih ketat dan terkini.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd yunus berkata biarpun langkah kawalan akan menjadikan urusan perbankan dalam talian lebih rumit kerana lebih banyak semakan perlu dibuat, ia perlu bagi melindungi kepentingan pelanggan.